Rabu, 08 Oktober 2014

Lakaran Pola Skirt Kembang Payung Lapan Panel

on Monday, October 21, 2013
Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum..

Lakaran Pola Skirt Kembang Payung Lapan Panel. Sebelum ini syira ada berkongsi cara menyediakan Pola Mudah Kain Kembang Payung Syira. Sebenarnya, daripada pola tersebut, kita juga boleh mengembangkannya menjadi kain kembang payung enam panel dan kain kembang payung lapan panel. Namun, bagi yang tidak biasa, keadaan ini tentunya sukar untuk dilakukan.
Kebetulan ada yang bertanya, lalu syira sempat siapkan Lakaran Pola Skirt Kembang Payung Lapan Panel ini untuk rujukan kepada mereka yang memerlukannya. Insyallah, pola ini amat mudah dan begitu senang sekali.

Gambar Pola Skirt Kembang Payung Lapan panel


Lakaran Pola Skirt Kembang Payung Lapan Panel
Lakaran Pola Skirt Kembang Payung Lapan Panel

Basic Melukis Pola
1. Pola dilukis sehelai sahaja. 
2. Pola tidak perlu dilipat dua.
3. Pola yang siap dilukis, dan digunting dan guntinglah mengikut jumlah panel yang anda mahukan.
4. Jika mahu guna pinggang asing, sila buatkan ben pinggang mengikut formula yang diberikan.
5. Jika mahu sambung terus pinggang daripada kain, just naikkan 3cm atau selebar getah yang anda guna pada bahagian pinggang sebelum potong. [Petua: Lagi lebar getah yang digunakan, lagi sedap sehelai skirt itu dipakai.]
Cara Jahit Skirt Lapan Panel
1. Cantumkan semua panel
2. Jika mahu gunakan zip, tinggalkan satu bahagian panel dan buat ukuran zip sebelum menjahit
3. Kemudian jahitkan zip
4. Jahitkan pinggang.
5. Jika tidak gunakan zip, jahit semua panel yang ada.
6. Jahitkan pinggang dengan tinggalkan sedikit ruang untuk masukkan getah
7. Masukkan getah
8. Jahitkan bahagian lubang yang tidak berjahit tadi.
9. Siap


Semoga ilmu Lakaran Pola Skirt Kembang Payung Lapan Panel ini mampu memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.

Read more: http://www.syiraqahira.com/2013/10/lakaran-pola-skirt-kembang-payung-lapan.html#ixzz3FaUi6vQ8

Tidak ada komentar:

Posting Komentar